Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Isu Pertindihan Selesai - 3 DUN T'ganu kepada PAS, Labuan, Sg Aceh, Panti kepada PKR

 KUALA LUMPUR: PAS mencadangkan agar parti itu menyerahkan kerusi Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh di Pulau Pinang dan Panti di Johor kepada PKR.

PKR pula dicadangkan oleh PAS agar menyerahkan tiga DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera kepada PAS.

Manakala kerusi DUN Kota Damansara di bawah Parlimen Subang akan dirundingkan antara PAS dan PKR.
Cadangan ini diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS yang dipengerusikan oleh Presiden PAS.

Perkara ini diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang media di Pusat Media PAS Jalan Raja laut hari ini.

Ustaz Hadi juga memaklum, semua ahli PAS yang bertanding atas tiket bebas termasuk penyokong dan pencadang mereka akan dipecat dari menjadi ahli PAS.

Dalam penamaan calon Sabtu 20 April lepas, calon PAS dan PKR bertindan di tujuh kawasan pilihan raya iaitu satu Parlimen dan enam DUN.

Ekoran itu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Ahmad Sabki Yusof memaklumkan ia akan diselesaikan dalam mesyuarat hari ini.

Dengan pengumuman ini bermakna semua kerusi yang bertindih selesai kecuali DUN Kota Damansara yang akan dirundingkan lagi dengan mereka yang terlibat.

Menurut sumber Harakahdaily, di DUN Panti, Johor kekeliruan berlaku apabila calon PKR lambat sangat menghantar borang pencalonan. Bimbang ia jatuh secara percuma kepada BN, PAS mendaftarkan calon mereka.

Di tiga DUN di Terengganu pula  berlaku pertikaian tentang calon yang lambat dikemukakan.

Di DUN Kota Damansara pula, berlaku pertikaian apakah calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) akan menyertai pilihan raya ini dengan logo PSM. Ini kerana, mereka datang ke pusat penamaan calon dengan menggunakan logo itu bukannya logo PKR.

Kerusi DUN Sungai Aceh pula dituntut oleh PAS dari PKR sejak sekian lama manakala Parlimen Labuan pula dituntut oleh PKR dari PAS.

Dengan penyelesaian bermakna semua kerusi yang betindih sudah selesai dan fokus sekarang adalah untuk menjatuhkan lawan Pakatan Rakyat iatu Barisan Nasional. -harakahdaily

Comments (0)

|
This entry was posted on Isnin, April 22, 2013 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.