Kehadiran orang ramai pada setiap ceramah yang diadakan di seluruh Kelantan begitu mengujakan sekali. Malah ceramah di kawasan kubu Umno iaitu Jeli dan Gua Musang juga memberi petunjuk luar biasa.
Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, berdasar kepada perkembangan sekarang, situasi yang berlaku pada 1990 seperti mahu berulang kembali.
“Ketika itu rakyat Kelantan mencatat satu sejarah dalam politik negara yang tidak pernah dipecah rekod di negeri-negeri lain.
“PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah yang dianggotai Berjasa, HAMIM dan Semangat 46 memberi pukulan hebat kepada Umno-BN di Kelantan di mana tiada satu pun dimenangi mereka ketika itu,” katanya pada ceramah di UPU Telipot, Dun Bunut Payong malam tadi.
Beliau yang juga calon parlimen Kota Bharu berkata, pada pilihan raya umum kali ini rakyat Malaysia di seluruh negara juga memperlihatkan semangat yang luar biasa.
Menurutnya di Segamat, Johor semalam dilaporkan tidak kurang 25,000 datang mendengar ceramah Pakatan Rakyat.
“Di Gelang Patah yang mana Lim Kit Siang berdepan Datuk Ghani Othman lebih 30,000 orang keluar memberikan sokongan kepada calon Pakatan,” ujarnya.
Kata beliau situasi serupa juga berlaku di Negeri Sembilan, Perak, Perlis dan boleh dikatakan di seluruh negara. Kita yakin sejarah politik Malaysia akan tercipta lagi.
Hadir sama calon PAS Dun Bunut Payong, Dr Ramli Mamat dan Presiden Kekal, Zulkapli Yaacob.
Sementara itu dalam perkembangan lain Takiyuddin yang anggota Exco kerajaan negeri menolak dakwaan Ketua Umno Kota Bharu, Datuk Mohd Fatmi Salleh yang mendakwa kerajaan negeri hanya meluluskan 300 daripada 1,000 unit projek perumahan 1Malaysia di Wakaf Mek Zainab.
Sebelum ini Fatmi yang juga calon BN di Kota Bharu mendakwa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) hanya meluluskan 300 daripada 1,000 unit projek perumahan berkenaan.
“Sehingga ke hari ini belum ada apa-apa permohonan daripada pihak berkenaan diajukan kepada MPKB BRI. Jadi bagaimana beliau boleh dakwa hanya 300 unit yang dilulus,” katanya.
Projek perumahan itu yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kampung Baru raja Udang, Wakaf Mek Zainab pada Mac lalu.
Takiyuddin juga berkata, sejak 1990 sehingga sekarang kerajaan pusat langsung tidak membantu Kelantan membina projek awam kos rendah sebagaimana diberi kepada negeri-negeri lain. -harakahdaily
pasal poster dan banner dalam bandar kota bharu....
itu tak heran pun, bilik gerakan pun banyak dibukak...
tapi kalau diperhati... dalam 20 bilik gerakan, satu dua je yang ada orang jaga, yang lain, bukak je, agaknya lepas amek upah... tinggal gitu... memalam bukak la lampu...
pasal poster pulak, tu seme tentera-tentera upahan... bukan orang tempatan sangat yang buat, disyakki, ada yang amek kontrak pasang bendera ni...
dan pasal jumlah poster yang terlampau banyak...
hahaha... harus diingat... patmi harus nak usaha habis-habisan kali ni... kalau kali ni tak menang jugak... mengikut ramalan saya, kalau pun bn kekal memerintah malaysia, out la dia lepas ni bersama-sama najib yang bakal digulingkan dalam pemilihan agung akan datang...
mahathir nampak macam tengah galak nak jadi penasihat sekarang nih...
jadi, orang-orang zaid ibrahim yang berdendam gila ngan patmi nih... musti kerja keras kali ni kalahkan patmi... sekarang pun nampak zaid duk sponsor satu bilik gerakan pas kat kawasan patmi ni... dengar cerita angin... dia kata habis berapa pun tak kisah, janji patmi kalah... hohoho....