Berita ini tentu tak gamak disiarkan oleh TV3 dan RTM, namun TV
Thailand boleh menyiarkan untuk santapan berita dan pengetahuan rakyat
Thailand. TV3 dan RTM hanya pandai membekukan otak rakyat Malaysia dan
meremehkan rakyat seolah-olah rakyat tidak mendapat sumber berita lain.
Semalam kajian Pusat Kajian Pilihan raya dan Demokrasi Universiti
Malaysia (UMCEDEL) mengumunkan kajian mereka yang 43 peratus pengundi di
negara ini berpendapat Anwar Ibrahim lebih layak dilantik menjadi PM
Malaysia berbanding 39 peratus untuk Najib Razak [Rujuk]. Berdasarkan kajian ini TV Thai menyiarkannya.
Tujuannya juga adalah untuk santapan berita rakyat utara Semenanjung –
Kedah, Kelantan, Perlis yang berhampiran sempadan Thai kerana mereka
juga mendapat siaran TV Siam.
Selepas pilihanraya, TV3 dan RTM akan berebut-rebut untuk mendapatkan berita kemenangan PR, Insyaallah…ini kalilah.
-ekeleh.com
Comments (0)
Catat Ulasan