[MStar] LABIS: Barisan Nasional (BN) sebentar tadi mengumumkan Penolong Pegawai Daerah Rengit, Azhar Ibrahim sebagai calonnya bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang yang akan diadakan pada 30 Januari ini.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini pada Khamis.
Azhar merupakan ahli biasa di Umno Bahagian Labis.
Penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi DUN itu ditetapkan pada 22 Januari dan hari pengundian pada 30 Januari ini.
Ia diadakan berikutan kekosongan kerusi selepas kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.
Comments (0)
Catat Ulasan