Label: politik
 Betul ke lawatan Ro$mah ke luar negara memberi faedah kepada semua rakyat? Apa feadahnya? Adakah berfaedah kepada hanya dua tiga kerat orang?  Berapakah kos lawatan beliau & konco-konconya kali ini? Yang menyewa hotel RM100 ribu semalaman tu apa cerita? Komen sikit...
Betul ke lawatan Ro$mah ke luar negara memberi faedah kepada semua rakyat? Apa feadahnya? Adakah berfaedah kepada hanya dua tiga kerat orang?  Berapakah kos lawatan beliau & konco-konconya kali ini? Yang menyewa hotel RM100 ribu semalaman tu apa cerita? Komen sikit...Saya petik:
Lawatan ke luar negara kerana  terima jemputan
[BH] MUSCAT: Datin Seri Rosmah Mansor berkata, beliau tidak terganggu dengan komen negatif yang dilemparkan terhadap beliau berhubung lawatannya ke seberang laut.
    Isteri Perdana Menteri berkata, semua lawatannya diatur selepas beliau  menerima jemputan daripada kerajaan atau menteri wanita negara  terbabit.
     Bercakap kepada media Malaysia pada akhir kunjungan empat hari ke  Oman, kelmarin, Rosmah berkata beliau membuat lawatan apabila diperlukan  bagi menyampaikan ucaptama pada majlis tertentu.
“Biarlah apa mereka nak kata, lawatan ini sangat berfaedah kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau faham politik,” katanya menyentuh mengenai lawatannya terutama ke Oman.
“Saya berada di sini bukan mewakili seksyen tertentu masyarakat tetapi mewakili rakyat Malaysia,” kata Rosmah menjelaskan beliau dan anggota rombongannya diterima baik pemerintah Oman, Sultan Qaboos Said.
Dalam lawatan itu, Rosmah diiringi beberapa anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI).
Kepada pengkritik beliau, Rosmah berkata: “Biarkan saja jika mereka merungut. Saya hanya lakukan tugasan sebagai isteri pemimpin.”
“Ia tanggungjawab saya membantu setakat termampu, terutama berhubung usaha memperkasakan wanita dan isu kanak-kanak,” katanya. – BERNAMA

Comments (0)
Catat Ulasan