Perkasa Nafi Keluar Surat Ugutan Kepada Pengundi Cina
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) pada Ahad menafikan dakwaan bahawa pihaknya mengeluar dan mencetak risalah menggunakan kepala surat Perkasa Johor bagi mengugut pengundi Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor.Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali yang mengutuk tindakan tersebut berkata ia dilakukan oleh puak-puak yang berniat jahat terhadap Perkasa dan 'desperado'.
uit... camtu plak...