Ini satu lagi langkah yang akan mengundang kemarahan rakyat!! Walaupun cadangan tersebut baik, namun kita akan tertanya-tanya, berapakah kos yang akan ditanggung pemilik kenderaan? Adakah semua jenis stereng, dashboard dan sebagainya sesuai untuk dipasang airbag? Apa komen anda!
Saya petik:
[BERNAMA] RANTAU PANJANG, 21 Jan. - Mulai tahun depan, semua kenderaan kecuali kenderaan pacuan empat roda diwajibkan memasang beg udara, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.
Beliau berkata, langkah itu bagi mengelak risiko lebih tinggi termasuk kematian terhadap pemandu atau penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Katanya, kerajaan memandang serius kadar kemalangan jalan raya sekarang terutama yang membabitkan kemalangan maut akibat tiada peralatan keselamatan yang cukup pada kenderaan awam.
“Mulai tahun depan, kerajaan akan mewajibkan semua kenderaan dipasang beg udara bagi keselamatan pemandu dan penumpang kenderaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina 2011, di sini, hari ini.
Comments (0)
Catat Ulasan