Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

PRK TENANG: Pertukaran suami ditarik balik selepas ingin dipanjangkan kepada SPRM!!

Label:

GAGAL KAWAL ISTERI!!! Itulah alasan dangkal Kementerian Pelajaran Johor untuk menukar guru, iaitu suami kepada calon PAS Tenang. Saya rasa Kementerian Pelajaran Zimbabwe tidak melakukan sedemikan rupa!! Inilah dia wajah sebenar 1Malaysia. Apa jenis politik yang diamalkan? Politik rimba? Di manakah kebebasan dalam sebuah negara demokrasi? Cerita di bawah adalah bukti kerakusan penguasa apabila diberikan mandat oleh rakyat. Semuanya akan dilakukan supaya rakyat tunduk dan tidak melawan. Saya yakin rakyat Malaysia tidak sebodoh apa yang disangkakan.

Saya petik:

Usaha tukar suami kerana gagal 'kawal isteri'

[MK] Kementerian Pelajaran Johor cuba menukar suami kepada calon PAS di Tenang Normala Sudirman daripada kawasan itu ke Johor Bahru atas alasan beliau tidak dapat "mengawal isterinya".

Arahan tiba-tiba itu, yang mengarahkan Makrof Abd Mutalib dipindahkan dalam 24 jam bagaimanapun ditarik semula selepas beberapa bantahan.

"Guru besar beritahu, ia kerana saya gagal kawan isteri, merujuk kepada penyertaan politiknya dalam PAS," kata Makrof yang telah mengajar di Tenang sejak 13 tahun.

Ditemui ketika PAS mengumumkan calon malam tadi, Makrof memberitahu Malaysiakini bahawa beliau menerima notis pertukaran beberapa hari lagi apabila spekulasi isterinya akan bertanding pada 30 Januari ini bertiup kencang.

Menurut Makrof, notis pertukaran itu tidak menyatakan sebarang sebab.

"Kami bantah keputusan itu. Normala sudah letak jawatan (sebagai guru).

"(Kami beritahunya) mereka tidak patut buat macam ini, jika mereka tidak menarik balik, kami akan panjangkan perkara ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau adakan sidang media.

"Mereka kemudian tarik balik," jelas Makrof. Normala, bekas guru dekat Segamat, meletakkan jawatan baru-baru ini untuk berkhidmat sepenuh masa dengan parti. Menurut Makrof, notis pertukaran itu merupakan satu bentuk diskriminasi terhadap guru yang anggota keluarganya menyokong pembangkang.

Comments (0)

This entry was posted on Isnin, Januari 17, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.