Saya petik:
[KD] IPOH: Jika Tunisia mahupun Mesir ada Leila Trabelsi dan Suzanne yang dibenci hingga menjadi antara faktor mencetus kebangkitan rakyat, Malaysia juga memiliki persamaan kerana pentadbiran negara dikuasai isteri pemerintah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam tadi.
“Di Tunisia, rakyatnya lebih menyampah isteri Ben Ali kerana semua perkara akan terdapat nama Leila Trabelsi. Satu Ben Ali, tiga kali Leila.
“Rakyatnya menggelar Leila sebagai ‘Leila Majnun’ (Leila gila) kerana dia gila rupa, gila harta, tidak termasuk fesyen rambutnya lagi,” katanya Anwar yang disambut ketawa tetamu sekali gus menggamatkan suasana majlis.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian pada majlis makan malam anjuran Ranting Taman Jati dengan kerjasama Cabang Tambun yang dihadiri hampir 1,000 orang.
Anwar berkata, masalah sama turut melanda Mesir kerana isteri Mubarak, Suzanne juga mempunyai tabiat seperti Leila.
“Suzanne dulu bekas jurusolek. Apabila berkahwin dengan Mubarak, dia yang mengkayakan anak-anak mereka sehingga semuanya bergelar jutawan.
“Mereka kaya kerana ‘merompak’ duit rakyat dan rasuah berleluasa di negara itu. Ditambah pula stesen televisyen dan medianya pula menghebohkan kekayaan itu.
Selepas diguling rakyat, Anwar berkata, Leila dan Suzanne masing-masing membawa keluar duit masing-masing 20 hingga 40 bilion dolar US
“Terlalu banyak duit yang dibawa lari mereka selepas suaminya digulingkan rakyat,” katanya.
Walaupun negara Timur Tengah itu jauh berbeza dari segi budaya, ekonomi dan politik, Anwar berkata, Malaysia turut mempunyai persamaan dengan Tunisia yang masing-masing ‘dikuasai’ isteri pemerintah.
Sehubungan itu, beliau menasihati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya tidak angkuh dengan mengatakan Malaysia tidak mungkin menjadi Mesir dan Tunisia.
Beliau mengingatkan Najib, kenyataan sama pernah diungkap pemerintah kuku besi, Hosni Mubarak dan Zine El Abidine Ben Ali sebelum mereka digulingkan rakyat mereka.
“Mubarak pernah melaungkan ‘Ini Mesir’. Terbaru, Muammar Gaddafi turut angkuh mengatakan ‘Ini Libya’. Apa yang berlaku? Gaddafi sekarang di ambang kejatuhannya.
“Najib juga mengeluarkan kata-kata sama apabila membandingkan Malaysia dengan Mesir dan Tunisia. ‘Ini Malaysia, bukan Mesir’,” katanya mengajuk kata-kata Najib.
Comments (0)
Catat Ulasan