Gadis ini maut di jalan yang kerja pembinaannya terbengkalai sejak lima tahun lalu. Mengapakah sampai lima tahun? Jalan tersebut di Perlis bukannya di Kelantan...Takziah buat keluarga mangsa.
Saya petik:
Mayat ditemui selepas lapan jam
[BH] KANGAR: Seorang pelajar perempuan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Arau yang dilaporkan hilang oleh rakannya apabila tidak pulang ke rumah sewa mereka selepas membeli-belah di Jitra malam kelmarin, ditemui mati akibat terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Arau-Kodiang, berhampiran Jelempuk, dekat sini, pagi semalam.
Mayat Umi Kalsum Abdul Majid, 21, ditemui orang awam yang lalu di situ pada jam 7.30 pagi semalam, iaitu selepas kira-kira lapan jam mangsa yang menunggang motosikal bersendirian terbabit dalam kemalangan.
Apabila menyedari mangsa tidak pulang ke rumah sewa mereka di Arau, rakan serumahnya membuat laporan polis mengenai kehilangannya pada jam 3 pagi semalam selepas puas mencarinya.
Mangsa yang juga pelajar jurusan Sains Komputer dan berasal dari Mersing, Johor sebelum itu dikatakan pergi ke Jitra untuk membeli-belah bersama beberapa rakannya yang menunggang motosikal berasingan, tetapi dia pulang lebih awal, kira-kira jam 10.30 malam kelmarin.
Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Deputi Superintendan Ibrahim Idris, berkata motosikal ditunggangi mangsa dipercayai terlanggar kon yang diletakkan di jalan berkenaan yang kerja pembinaannya terbengkalai sejak lima tahun lalu.
Katanya, mangsa mungkin tidak nampak kon berkenaan kerana lokasi kejadian yang gelap dan pengguna melalui jalan di situ juga dipercayai tidak menyedari kemalangan terbabit.
“Rakannya yang mendapati mangsa tiada di rumah kemudian membuat laporan polis pada jam 3 pagi tadi (semalam) kerana khuatir sesuatu yang buruk berlaku ke atasnya.
"Mayatnya hanya ditemui orang awam kira-kira jam 7.30 pagi tadi (semalam) dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah di tepi jalan di situ, sebelum memaklumkannya kepada polis," katanya di sini, semalam.
Ibrahim berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk dibedah siasat.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tuanku sultan dan raja perlis, hamba rakyat teraniaya dibawah pemerintahan kerajaan negeri tuanku... tolonglah muhasabah sikit agar tidak menjadi fitnah dihari pembalasan kelak. Ampun tuanku...