[HD] JASIN, 3 Mac: Pengarah Pilihan Raya PAS PRK Dun Merlimau, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menyifatkan Ummi Hafilda sebagai askar upahan Umno BN untuk membantu kempen mereka.
Abdul Halim tidak menolak kemungkinan Ummi dibayar Umno BN untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada Pakatan Rakyat khususnya PKR.
"Dia ini dipanggil macam askar upahan, saya lebih percaya dia dibayar.
"Saya sifatkan Ummi Hafilda ini sebagai askar upahan," kata beliau pada sidang media di markas induk PAS, di sini hari ini.
Beliau yang juga ahli Parlimen Pengkalan Chepa bagaimanapun berkata, Ummi digunakan pada waktu yang tidak tepat dan tidak memberikan impak yang besar kepada pada PRK di Merlimau ini.
Katanya, PRK ini melibatkan calon PAS dan BN, tiada kena mengena dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali yang sedang difitnah Ummi.
"Ini pilihan raya kecil, saya nasihatkan Ummi Hafilda kalau nak impak yang lebih besar di pilihan raya umum, Anwar tak bertanding sini, apa kena mengena dengan Anwarnya?
"Ini politik kotor yang digunakan Umno untuk mempengaruhi pengundi. Ini pilihan raya kecil antara calon dengan calon, ia tak tumbangkan kerajaan (negeri).
"Tiada kaitan pun dengan Azmin, ini adalah kempen yang kebudak-budakan, ia juga tak beri kesan pun pada kita," katanya.
Tambahnya, Umno BN harus mengetengahkan isu tempatan yang melibatkan kebajikan rakyat daripada membawa isu yang sedang dibicarakan di mahkamah.
"Bukan isu pun, di sini isu tempatan banyak...Ummi Hafilda ini, kes sedang bicara di mahkamah buat apa dia bangkitkan.
"Sebab itu saya kata tak berapa masak cara politik Ummi Hafilda, mesti ada orang guna dia.
"Saya nasihat kalau nak guna, guna di pilihan raya umumlah bukan pilihan raya kecil...tiada kesan.
"Ini adalah satu taktik yang tidak masak dalam pilihan raya kecil, kalau kita buka rasuah kerajaan Melaka dan tak ada intergriti ketua menteri itu ada kesan.
"Datuk Seri Anwar sekarang sedang dibicara, jadi kita serah kepada mahkamah sahaja, tak tahu kalau Ummi Hafilda ini nak jadi hakim saya tak tahulah," sindir beliau.
Malam tadi, Ummi Hafilda menyampaikan ceramah dengan membawa fitnah yang sama mengenai Anwar dan Azmin di Kampung Chinchin, dekat sini.
Comments (0)
Catat Ulasan