Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CERITA/BERITA TERKINI

Umno Melimau bergolak?

Label:

Saya petik:

[HD] JASIN, 28 Feb: Umno Dun Merlimau walaupun kelihatan tenang, tetapi mengalami pergolakan dalaman yang amat dahsyat, ekoran pemilihan Roslan Ahmad sebagai calon BN pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau.

Beberapa orang penduduk Merlimau dan sekitarnya ketika ditemui tidak menafikan perkara itu walaupun ia cuba disembunyikan dengan pelbagai cara oleh para pemimpin Umno.

Seorang penduduk Merlimau, Ahmad Hashim, 43, memberitahu, Roslan sebenarnya bukanlah pilihan kebanyakan ahli-ahli Umno di kawasan itu, tetapi pemilihan yang dibuat ke atasnya dengan mengetepikan 6 calon lain.

"Pemilihan ke atas Roslan dibuat oleh pihak atasan, tetapi ia telah menyebabkan Umno di Merlimau kini bergolak teruk sehngga ada dari kalangan yang tidak terpilih itu berjauh hati," katanya.

Calon-calon yang diketepikan adalah daripada kalangan pegawai kerajaan dan pemimpin politik tempatan. Salah seorang daripadanya Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PPSPPA), Datuk Zaini Md Nor.

Selian itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM), Mohamed Nasser Selamat, Penghulu Dun Bemban yang juga Penolong Setiausaha Pemuda Umno Bahagian Jasin, Jezlee Pit.

Tidak ketinggalan juga bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah, 63, yang berasal dari Kampung Pulai, Merlimau, berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Maryland, Amerika Syarikat. Nama beliau sebelum ini pernah dikaitkan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum 2008.

Zaini, 50, berasal dari Kampung Batu Gajah, Merlimau adalah bekas Datuk Bandar Bandaraya Melaka Bersejarah yang pertama. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Mohamed Nasser, 46, adalah bekas Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Jasin dan anak jati Dun Merlimau. Beliau yang juga AJK Umno Bahagian Jasin adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (BBA) dari Universiti Ohio, Amerika Syarikat.

Nama-nama lain yang turut dipilih ahli-ahli Umno kawasan itu termasuklah Timbalan Ketua Umno Bahagian Jasin, Datuk Mohd Said Yusof; Ketua Wanita Umno Bahagian Jasin, Zaleha Bujang; Ketua Pemuda Umno Bahagian Jasin, Zaidi Attan dan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian, Abdul Nasir Bazid.

Mohd Said adalah bekas Ahli Parlimen Jasin, Zaleha Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas Dun Bemban, Zaidi yang juga seorang ahli perniagaan adalah Penolong Setiausaha Pemuda Umno negeri, manakala Abdul Nasir adalah kakitangan sebuah sekolah di Merlimau.

Di kalangan ahli-ahli Umno Merlimau, Mohamad Nasser Selamat, Abdul Nasir Bazid dan Datuk Zaini Md Nor lebih disukai, berbanding Roslan yang langsung tiada dalam pilihan mereka.

Seorang penduduk Air Tawar, Rusnan Wahab, 52, (kanan) memberitahu, pergolakan yang berlaku dalam Umno Dun Merlimau itu kini bukan sahaja diketahui penuduk kawasan itu, tetapi juga penduduk sekitarnya termasuk di kawasannya.

"Memang parah sehingga ada yang dah sampaikan tak 'buka lampu' lagi di rumahnya kerana kecewa," katanya.

Disebabkan keadaan itu, beliau yakin jika tidak menang sekalipun, PAS mempunyai peluang besar untuk mengurangkan majoriti undi Umno pada PRK 6 Mac ini.

Rakannya, Rosli Jaamat, 46, (kiri) turut mengakui perkara itu dan untuk tidak memburukkan keadaan, kepimpinan tertinggi Umno mungkin berusaha memujuk mereka dengan habuan tertentu termasuk yang berbentuk projek dan bentuk-bentuk lain.

"Itu pula akan menjadikan salah guna kuasa dan penafian hak rakyat di kalangan pemimpin Umno semakin menjadi-jadi dan ia amat perlu disedari oleh orang ramai," jelasnya.

Comments (0)

Umno Melimau bergolak?
Isnin, Februari 28, 2011 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Isnin, Februari 28, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.