Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CERITA/BERITA TERKINI

Bekas penari ini dedah kehidupan MEWAH anak Gaddafi

Label:

DAFINKA MIRCHEVA, (atas kanan) SAADI GADDAFI

Adakah cerita di bawah ini juga berlaku kepada anak-anak pemimpin di Malaysia?

Saya petik:

[KS] LONDON - Seorang bekas penari kelab malam, Dafinka Mircheva berusia 21 tahun dan berketurunan Bulgaria mendedahkan kehidupan mewah Saadi yang merupakan anak pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, lapor akhbar Mailonline kelmarin.

Menurutnya, Saadi membayar sebanyak £500,000 (RM2.46 juta) untuk kumpulan Pussycat Dolls membuat persembahan pada hari ulang tahun kelahiran anak Gaddafi itu yang turut dihadirinya.

Gadis tersebut berkata, anak Gaddafi yang berusia 31 tahun itu juga menawarkan kokain dan memukul pembantu-pembantunya.

Dafinka menyatakan, pembantu-pembantu Gaddafi memberitahunya bahawa Saadi membelanjakan £170 juta (RM837.46 juta) setahun untuk mengembara dengan jet peribadi, menginap di hotel lima bintang, membeli kereta sport, mengupah penari tiang, membeli barang kemas dan pakaian.

"Dia selalu mempunyai beg hitam yang mengandungi ribuan wang tunai.

"Jika dia (Saadi) mengembara, dia akan menghubungi pihak kedutaan dan kakitangan kedutaan itu akan menghantar lebih banyak wang ke hotelnya," kata gadis tersebut.

Menurut Dafinka, dia menjalin hubungan dengan Saadi selepas mereka bertemu pada 2004.

Anak Gaddafi itu memberikannya hadiah.

Dia yang sudah beristeri masih mahu melamar Dafinka.

Saadi merupakan bekas pemain bola sepak profesional di liga Itali.

Selepas berkenalan, Saadi memberikannya barang kemas Bulgari bernilai £20,000 (RM98,525), subang, sebentuk cincin dan rantai leher dihiasi berlian.

Pada 2005, dia bersetuju untuk keluar dengan anak Gaddafi itu.

Mereka menonton filem Four Brothers di sebuah pawagam di Champs-Elysees, Perancis.

Dafinka berkata, semasa mereka berkenalan, dia berbual dengan anak Gaddafi itu di dalam sebuah bilik peribadi tetapi tidak pernah diminta menanggalkan pakaian semasa dirinya menjadi penari di sebuah kelab malam.

Menurutnya, semasa dia menemuinya pada tahun lalu, Saadi kelihatan enggan berbual mesra.

Dafinka berkata, Saadi membelinya pakaian berharga £25,000 (RM123,156).

Anak Gaddafi itu dikatakan mempunyai sebuah kereta Bugatti Veyron bernilai £1 juta (RM4.92 juta).

"Kali terakhir saya melihatnya ialah pada November lalu. Dengan apa yang berlaku di Libya, kemungkinan saya tidak akan melihatnya lagi," katanya.

Libya kini dilanda pergolakan apabila sejumlah rakyat menentang pemerintahan Gaddafi dan mereka menuntutnya meletakkan jawatan. - Agensi

Comments (0)

Bekas penari ini dedah kehidupan MEWAH anak Gaddafi
Isnin, Mac 07, 2011 | Author: Tuk Kiyai

|
This entry was posted on Isnin, Mac 07, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.