Okey apa penoreh getah. Pendapatan mereka kini mengalahkan pegawai bank. Income tax pun tak perlu bayar...
Saya petik:
[SH] KULIM - Hasrat seorang remaja perempuan berusia 18 tahun ingin berkahwin dengan seorang lelaki tampan berusia 30-an dan bekerja sebagai pegawai bank bertukar menjadi mimpi sedih, apabila dia membuat laporan polis setelah dinikahkan dengan lelaki berusia 63 tahun dan bekerja sebagai penoreh getah.
Menurut mangsa, dia berkenalan dengan suspek kira-kira lima bulan lalu berpunca dari tersalah mendail nombor telefon. Katanya, sejak hari itu, suspek terus menghubunginya melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan tidak pernah berjumpa. Sejak berkenalan, menurut mangsa, suspek sering menambah nilai telefon mangsa dan turut memasukkan duit ke dalam akaun adiknya bagi tujuan membeli belah.
Mangsa yang tertarik dengan sikap suspek, mula menjalinkan hubungan cinta dengannya.
“Saya membuat laporan polis di Balai Polis Kulim kerana rasa tertipu dan mungkin di pukau. Sejak berkenalan dengan suspek kira-kira lima bulan lalu, kami terus berhubung melalui telefon dan tidak pernah berjumpa. Suspek memaklumkan kepada saya dia berusia 30 tahun, masih bujang dan bekerja sebagai pegawai bank.
“Suspek memang selalu menambah nilai (top up) telefon saya selain memasukkan duit ke dalam akuan bank adik saya untuk kegunaan saya. Satu hari, kami membuat keputusan untuk berjumpa dan saya datang ke Kulim dengan menaiki bas. Apabila sampai di hentian bas, saya kemudiannya di bawa oleh suspek bersama dua rakan lain ke negara jiran dan bernikah,” katanya.
Setelah empat hari bernikah dengan suspek, mangsa menyatakan rasa tidak puas hati dan menyatakan hasrat untuk berpisah dengan suaminya.
Polis meminta pegawai dari Pejabat Agama Daerah Kulim Kedah (PADK) untuk membuat pengesahan terhadap pernikahan pasangan terbabit.
PADK meminta pasangan itu hadir ke pejabat untuk disoal siasat dan mengesahkan pernikahan.
Sementara itu lelaki terbabit ketika di temui berkata, dia pernah bernikah empat kali tetapi bercerai.
Menurutnya, hasil perkahwinan dengan isteri terdahulu, dia dikurniakan beberapa anak dan paling sulung berusia 30-an.
“Saya pernah bernikah empat kali dan bercerai. Remaja berusia 18 tahun ini merupakan isteri kedua saya sekarang. Anak saya yang paling sulung berusia 30-an manakala yang paling bongsu berusia tujuh bulan. Saya tertarik dengan isteri baru saya ini kerana dia pandai menjaga hati dan saya suka mendengar suaranya.
“Ketika bernikah dengannya tidak berlaku sebarang paksaan. Saya tidak pernah bersamanya. Saya menikahinya di negara jiran dan mempunyai segala dokumen diperlukan,” katanya.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, beliau menyerahkan kepada PADK untuk memastikan kesahihan status perkahwinan pasangan itu serta tindakan yang akan diambil oleh pihak berkenaan.
(Gambar hiasan)
Comments (0)
Catat Ulasan