Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Petanda malang buat PAS di Kerdau dan Merlimau?

Label:

Sudah menjadi perkara biasa pada pilihanraya kecil di mana peratusan keluar mengundi akan naik mendadak berbanding pada pilihanraya umum. Lihatlah apa yang berlaku di Ijok, Selangor. Pada pilihanraya kecil 2008 Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid kalah dengan teruk semasa pilihanraya kecil tetapi menang dengan majoriti selesa dalam pilihanraya umum 2008. Mengapa?

Adakah peningkatan peratusan keluar mengundi ini memberikan isyarat bahawa ada unsur-unsur penipuan?

Saya petik
:

Keluar undi tinggi, BN makin selesa kekalkan Kerdau dan Merlimau

[TMI] KUALA LUMPUR, 6 Mac — Proses pengundian pilihan raya kecil kerusi DUN Kerdau dan Merlimau sudah berakhir dengan sasaran peratusan keluar mengundi tinggi dicapai manakala BN pula kelihatan berada di kedudukan selesa untuk membawa kemenangan yang telah diduga.

Seramai 83.12 peratus atau 7,480 orang keluar mengundi di Kerdau manakala 79 peratus daripada 10,679 pemilih berdaftar telah keluar mengundi di Merlimau setakat 5 petang tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menyasarkan lebih 80 peratus pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil ini.

Kerusi Merlimau menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Roslan Ahmad, 44, dan calon PAS Yuhaizat Abdullah, 38.

Keputusan dijangka diumumkan pada 8 malam ini.

Pungutan pendapat di Kerdau menunjukkan keadaan selesa bagi calo BN Syed Ibrahim Syed Ahmad untuk muncul wakil rakyat baru.

Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man juga kelihatan ‘mengaku kalah’ meskipun bangga dengan peratusan keluar mengundi yang mencecah 83 peratus.

Pengarah pilihan raya kecil itu mengharapkan calon mereka Hassanuddin Salim mampu mengurangkan majoriti 1,615 undi yang diperoleh BN pada Mac 2008 kepada 1,000 undi.

Pilihan raya kecil Kerdau diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN, Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas.

Semua peti undi akan dibawa ke pusat penjumlahan undi rasmi di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh.

Tiga belas pusat pengundi bagi DUN Kerdau ialah Dewan Puspa Rumpun Makmur, Sekolah Kebangsaan Jengka 25, Sekolah Kebangsaan Jengka 22, Balai Raya Kampung Seri Tanjung, Sekolah Kebangsaan Jengka 23, Sekolah Kebangsaan Kuala Tekal, Sekolah Kebangsaan Pulau Pasir Mandi, Balai Raya Kerai; Sekolah Kebangsaan Lipat Kajang, Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau, Sekolah Kebangsaan Paya Taram, Sekolah Kebangsaan Kerdau dan Sekolah Kebangsaan Teluk Sentang.

Di Merlimau, Umno juga kelihatan yakin dengan kejayaan ekoran peratusan keluar mengundi yang tinggi.

Ahli jawatankuasa pusat Pemuda Umno nasional Lokman Adam berkata, pihaknya menjangkakan majoriti boleh mencapai sehingga 3,500 undi.

BN telah meletakkan sasaran untuk menaikkan majoriti 2,154 undi, yang diperoleh pada 2008.

Bagaimanapun Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yakin akan mengurangkan majorit BN sebanyak 500 undi.

Kemungkinan itu turut disokong Ahli Parlimen DAP bagi kawasan Kota Melaka, Sim Tong Him yang berkata beliau tidak yakin Pakatan Rakyat akan menang tetapi boleh mengurangkan majoriti BN.

Tujuh pusat pengundian telah dibuka iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Jasin Lalang, Sekolah Kebangsaan Chin Chin, SJK Tamil Ladang Jasin Lalang, Sekolah Kebangsaan Merlimau 2, Sekolah Kebangsaan Merlimau 1, Sekolah Kebangsaan Merlimau dan SJKC Merlimau.

DUN Merlimau mempunyai seramai 10,679 pengundi berdaftar.

Penjumlahan undi akan dilakukan di Dewan Platinum Politeknik Merlimau.

Comments (0)

Petanda malang buat PAS di Kerdau dan Merlimau?
Ahad, Mac 06, 2011 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Ahad, Mac 06, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.