Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

DUN 4 negeri tidak dibubarkan tahun ini

Label:

Saya petik:

[BH] KUALA LUMPUR: Pakatan pembangkang yang kini mentadbir empat negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing sekiranya Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan tahun ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata ia antara lain bertujuan memastikan jentera pilihan raya pakatan pembangkang bersedia sepenuhnya menghadapi Barisan Nasional (BN) selain menumpukan perhatian untuk menawan kembali Perak.

“DAP akan mencadangkan kepada kepemimpinan tertinggi pakatan pembangkang tidak membubarkan DUN sekiranya pilihan raya umum diadakan tahun ini.

“Keputusan (cadangan) ini dicapai pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP yang berlangsung semalam. Bagaimanapun, keputusan bersama mengenainya akan dibuat secara bersama oleh pimpinan pakatan pembangkang tidak lama lagi.

“Pucuk pimpinan DAP juga mengulangi pendirian bahawa kita tetap menyokong kepemimpinan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar sekiranya pakatan pembangkang kembali menguasai Perak,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, pula berkata kajian dilakukan pihaknya mendapati pakatan pembangkang mampu memenangi 33 daripada 59 kerusi DUN Perak pada pilihan raya umum akan datang.

Comments (0)

DUN 4 negeri tidak dibubarkan tahun ini
Rabu, Mei 25, 2011 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Rabu, Mei 25, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.