Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Kedai ARAK ini jadi tumpuan PELAJAR

Label:

KEDAI arak yang didakwa tidak mempunyai lesen dikunjungi pembeli di Jalan Chantek, Petaling Jaya.

Saya petik:

[BH] PETALING JAYA: "Saya tidak mempunyai kuasa menghalang kerana mereka sekadar berdiri di luar premis," kata seorang pekerja kedai minuman keras di Jalan Chantek, di sini, selepas ditegur orang awam yang khuatir melihat premis berkenaan menjadi tumpuan luar biasa golongan pelajar. 

Pengadu yang hanya mahu dikenali sebagai Dinesh mendakwa, premis itu menjadi tumpuan luar biasa golongan pelajar lelaki daripada sekolah berhampiran, setiap kali selepas tamat waktu persekolahan.

Katanya, pelajar berkenaan biasanya menukar pakaian seragam dipakai terlebih dulu sebelum memasuki kedai minuman keras itu menyebabkan kakitangan premis berkenaan terus ‘menutup mata’ walaupun hakikatnya mengetahui mereka masih di bawah umur.

“Sudah berkali-kali dimaklumkan ada di antara pelajar sekolah mendapatkan bekalan minuman keras di situ, namun sehingga kini apa yang saya lihat golongan itu terus bebas keluar masuk ke premis berkenaan setiap kali tamat sesi persekolahan.

“Premis itu terletak berdekatan kawasan perumahan serta sebuah sekolah, jika pelajar semuda 16 tahun bebas mendapatkan minuman keras, saya khuatir perbuatan mereka ini akan menjadi ikutan pelajar lebih muda,” katanya kepada Sentral.

Dinesh mendakwa, seorang rakannya yang sering ke premis itu memaklumkan pemilik kedai berkenaan mungkin mendapat bekalan minuman keras bebas cukai kerana berupaya menjualnya lebih murah, menyebabkan golongan pelajar terus menjadikan premis itu sebagai tumpuan.

“Daripada pemerhatian saya, ada minuman keras yang biasanya dijual sehingga RM100 di premis lain, tetapi boleh didapati dengan harga kurang RM80 di premis itu.

“Keadaan ini mungkin menyebabkan kedai itu terus menjadi tumpuan pelajar,” katanya.

Dalam masa sama, Dinesh berharap agensi berwajib di kawasan itu dapat menjalankan pemeriksaan bagi mengenalpasti sama ada mereka diberi kebenaran menjalankan perniagaan minuman keras.

“Setahu saya, pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak meluluskan permohonan penjualan minuman keras jika premis terbabit didapati menjalankan perniagaan terlalu hampir dengan sekolah.

“Sebaliknya, dalam kes ini, premis itu hanya terletak kira-kira 500 meter saja daripada sekolah menengah lelaki,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Zainun Zakaria ketika dihubungi berkata, pihaknya akan membawa isu membabitkan premis minuman keras itu ke mahkamah secepat mungkin selepas pemiliknya gagal mematuhi arahan dikeluarkan MBPJ.

Zainun berkata, pihaknya pada awal tahun ini tidak meluluskan permohonan lesen perniagaan dibuat premis minuman keras itu kerana didapati menjalankan perniagaan berhampiran sekolah.

“Kami sudah menghantar satu lagi notis mengarahkan premis itu menghentikan operasinya dengan segera, malangnya mereka terus berdegil, menyebabkan permasalahan ini akan dibawa ke mahkamah,” katanya. 

P/s: Rosak anak muda kita kerana air kencing setan ini!! 

Comments (0)

Kedai ARAK ini jadi tumpuan PELAJAR
Rabu, Mei 25, 2011 | Author: Tuk Kiyai

|
This entry was posted on Rabu, Mei 25, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.