(Gambar: Aksi Syahrini yang mencetuskan kegemparan di Indonesia)
Saya petik:
[kosmo] JAKARTA - Aktres yang membintangi filem Hantu Rumah Ampera, Nadila Ernesta mencetuskan kontroversi apabila gambarnya dalam keadaan mengghairahkan disebar di internet lebih sebulan lalu, lapor lama berita Detikhot semalam.
Salah satu gambar Nadila yang berusia 23 tahun itu menunjukkan dia memakai bikini berwarna hitam dan topi polis dengan logo Tribrata.
Selain itu, gambar anak kelahiran Jakarta tersebut beraksi sambil memeluk seorang lelaki berbaju T hitam. Gambar-gambar berahi itu dipercayai dimuat naik pada April 2011.
Penyanyi Julia Perez turut mendapat liputan media semalam apabila gambarnya meramas payu dara rakannya disiarkan di Internet.
Namun, ketika diminta mengulas mengenai isu itu, Julie menyatakan ia hanya gambar biasa semasa dia berehat dalam satu penggambaran filem.
Sementara itu, penyanyi Syahrini berkata, dia tidak lagi tampil dengan imej seksi. Dia membuat kenyataan itu selepas gambar-gambarnya memakai pakaian seksi didedahkan di internet baru-baru ini.
Menurutnya, dia mendapat pesanan daripada bapanya supaya menutup aurat.
Dia berkata, semua insiden yang telah berlaku dalam dirinya sebelum ini termasuk gaya berpakaian adalah merupakan satu proses kehidupan. - Agensi
P/s: Artis Malaysia pun tidak terkecuali...
Comments (0)
Catat Ulasan