Saya petik:
[SH] KLUANG - Seorang lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pencerobohan kediaman ditemui mati dengan menggantung dirinya menggunakan seutas tali dalam lokap Balai Polis Simpang Renggam di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Fawzi Arshad berkata, mangsa Nasrul Redzuan Mohamad, 25, yang berasal dari Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh, Negeri Sembilan ditemui mati kira-kira pukul 10.20 pagi oleh anggota polis yang bertugas.
"Nasrul Redzuan ditahan polis selepas dipercayai menceroboh kediaman salah seorang penduduk di kawasan Simpang Renggam dan menyerang sehingga mengakibatkan kecederaan pada mangsa pada kira-kira pukul 6.30 pagi tadi.
"Dia kemudian dibawa ke Balai Polis Simpang Renggam sebelum ditempatkan sementara di lokap tahanan bagi proses laporan.
"Bagaimanapun, ingin memindahkannya ke IPD Kluang, anggota berkenaan menemui dia mati tergantung di dalam lokap tersebut," katanya mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Kluang untuk bedah siasat.

P/s: Musykil....Bagaimanakah tali boleh ada di dalam lokap? Bagaimanakah mangsa boleh mengikat tali untuk menggantung diri?
(Gambar hiasan)
(Gambar hiasan)
Comments (0)
Catat Ulasan