Saya petik:
[kosmo] KANGAR - Seorang isteri yang menceraikan suaminya menerusi sepucuk surat taklik palsu daripada Jabatan Agama Islam Songkhla, Thailand Disember lalu rupa-rupanya pernah berkahwin dengan lelaki lain pada 2006 tanpa prosedur yang sah.
Ekoran pendedahan yang mengejutkan itu, permohonan suaminya, Yusri Ahmad Jusoh, 43, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam untuk mengesahkan perkahwinan mereka di negara jiran akhirnya terbantut.
Lebih malang, kegagalan wanita tersebut, Intan Fazilah Othman, 34, menghadirkan diri ke mahkamah telah memaksa Hakim Syariah, Azeeman Omar menangguhkan prosiding tersebut sekali lagi.
"Saya perlu mendengar keterangan dan melihat kes Intan berhubung dia mendakwa pernah berkahwin dengan lelaki lain sebelum mengahwini kamu (Yusri).
"Oleh itu, kamu (Yusri) mesti berusaha meminta isteri kamu (Intan) hadir di mahkamah menjelaskan perkara tersebut serta bukti berhubung dakwaan itu," kata Azeeman.
Comments (0)
Catat Ulasan