Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Gadis ini dibunuh kerana sertai ratu cantik?

Label:

Saya petik:

[HM] SIMFEROPOL (Ukraine): Seorang remaja perempuan dilaporkan direjam hingga mati mengikut undang-undang syariah selepas dia mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik di Ukraine.

Media melaporkan, mayat Katya Koren, 19, ditemui di sebuah kampung tidak jauh dari rumahnya di wilayah autonomi Crimea.

Rakan Kayta berkata, remaja itu memang gemar mengenakan pakaian mengikut fesyen semasa dan menyertai pertandingan ratu cantik berkenaan baru-baru ini.

Kata mereka, Katya mendapat tempat ketujuh dalam pertandingan itu.

Media melaporkan, mayat remaja itu yang cedera teruk ditemui ditinggalkan dalam kawasan hutan.

Mayat itu ditemui seminggu selepas Katya dilaporkan hilang.

Media melaporkan, polis kini memulakan siasatan terhadap kes pembunuhan itu dan sedang menyiasat tiga pemuda Islam yang dikaitkan dengan kejadian berkenaan.

Sumber berkata, pemuda terbabit menganggap kematian Katya itu dibenarkan mengikut hukum Islam.
 
Katanya, seorang daripada suspek dikenali sebagai Bihal Gaziev, 16, menganggap Katya melanggar undang-undang syariah.

“Bihal berkata, dia tidak kesal merejam Katya hingga mati,” katanya. - DM

P/s: Setahu saya, tidak ada undang-undang syariah yang menyatakan hukuman rejam terhadap orang Islam yang menyertai pertandingan ratu cantik. Berdasarkan berita ,   kejadian itu telah dilakukan oleh individu yang berumur 16 tahun, bukannya pemerintah. Jadi kita tidak boleh katakan yang mangsa mati  direjam yang kononnya mengikut undang-undang syariah. Usah terpedaya dengan berita yang cuba memburukkan undang-undang Islam!
 
Comments (0)

Gadis ini dibunuh kerana sertai ratu cantik?
Rabu, Jun 01, 2011 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Rabu, Jun 01, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.