Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: “Saya bukan saja pernah membawa wang RM300,000 dalam beg plastik yang dibimbit menaiki kapal terbang untuk diagihkan kepada pelabur di Sarawak, malah tidur saya juga beralaskan duit RM50 dan RM100,” kata bekas pekerja Dina Group Sdn Bhd (Dina Group) yang hanya mahu dikenali sebagai Johan.
Menurut Johan, 28, yang berasal dari Kedah, sepanjang berkhidmat bersama pengasas Dina Group, Ustaz Harun atau Harun Mat Saat, 45, yang kini diburu Bank Negara Malaysia (BNM) kerana mengambil pelaburan haram lebih RM200 juta, dia tidak pernah melihat mereka memasukkan wang tunai yang diterima daripada pelabur ke dalam bank.
Sebaliknya, Johan berkata, Ustaz Harun akan menyimpan wang yang mencecah jutaan ringgit itu dalam sebuah bilik khas di rumahnya di Shah Alam atau di rumah orang kanannya yang terletak berhampiran.
“Mereka akan kira secara manual dan kebiasaannya kami yang berada di situ diarahkan untuk berbuat demikian sebelum menyusun kepingan wang terbabit di dalam beg kembara (luggage) berwarna hitam,” katanya.
“Mereka akan kira secara manual dan kebiasaannya kami yang berada di situ diarahkan untuk berbuat demikian sebelum menyusun kepingan wang terbabit di dalam beg kembara (luggage) berwarna hitam,” katanya.
Johan berkata, kebiasaannya pengiraan wang hibah (keuntungan) yang akan diberikan kepada pelabur akan dibuat di hotel mewah di negeri di mana wang itu akan diedarkan kepada pelabur.
(Gambar hiasan)
Comments (0)
Catat Ulasan