Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Peguam dipenjara 6 tahun denda RM80 ribu

Label:

Saya petik:

[BH] KUALA LUMPUR: Peguam S Kanawagi, 66, dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan didenda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen semalam, selepas didapati bersalah atas dua tuduhan memalsukan surat kuasa (PA) dan satu tuduhan memberikan keterangan palsu dalam satu prosiding saman pemula, 18 tahun lalu.

Perbicaraan kes jenayah yang berlangsung selama 11 tahun itu bermula apabila Kanawagi dihadapkan ke mahkamah pada 2000 dan diperintah membela diri pada Oktober 2009 selepas pihak pendakwaan memanggil sebanyak 14 saksi termasuk pemilik hartanah itu, R Nirmala Devi, yang kini menetap di India.

Pihak pembelaan pula memanggil 24 saksi termasuk pakar tulisan tangan dari India, Vindhaya Chara Mishra. 

Hakim Rosenani Abdul Rahman dalam keputusannya berkata, walaupun Kanawagi secara peribadi tidak hadir di Mahkamah Tinggi, beliau mempunyai pengetahuan penuh dokumen berkenaan tidak tulen ketika mengarahkan anak guamnya, S Siva Kumar dan budak pejabatnya, V Ranjahentherao memfailkan di Mahkamah Tinggi.

Katanya, tindakan Kanagawagi itu menyebabkan Nirmala, bekas pegawai Co-operative Central Bank (CCB) kehilangan hartanahnya akibat transaksi haram.

“Pihak pendakwaan juga membuktikan bagaimana tertuduh menggunakan butiran peribadi Nirmala yang diperoleh melalui seorang lagi bekas pegawai CCB, K Sivaloganathan dalam menyediakan PA itu dan bersetuju untuk berkongsi keuntungan daripada transaksi itu tanpa pengetahuan pemilik hartanah itu,” katanya.

Peguam Kanawagi, Hasnal Rezua Merican memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kerana ia kesalahan pertama anak guamnya itu yang kemungkinan akan diambil tindakan oleh Badan Peguam jika mahkamah mengenakan hukuman tahanan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya S Devananthan memohon mahkamah mengambil kira selama 11 tahun perbicaraan berlangsung, peguam yang mewakili Kanawagi memfailkan banyak permohonan yang menunjukkan tertuduh tidak insaf dengan perbuatannya itu.

Sebelum itu, Rosenani memerintahkan Kanawagi menjalani hukuman penjara dua tahun dan denda RM30,000 masing-masing bagi tuduhan pertama dan kedua, serta penjara dua tahun dan denda RM20,000 bagi kesalahan memberikan maklumat palsu dalam afidavit.

Beliau juga memerintahkan Kanawagi menjalani hukuman itu secara berturut-turut bermula semalam dan tambahan enam bulan penjara jika gagal membayar denda itu.

Tertuduh menghadapi dua tuduhan menggunakan PA palsu sebagai tulen dan mendaftarkannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 7 Ogos, 1993 dan 24 Mei, 1994.

Kanawagi menghadapi satu lagi tuduhan iaitu memberikan maklumat palsu dalam afidavit yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 13 Februari 1995.

Mahkamah membenarkan pelaksanaan keputusan semalam ditangguhkan sehingga Mahkamah Tinggi membuat keputusan rayuan Kanagawagi selain menaikkan jaminan dari RM200,000 kepada RM400,000.

Comments (0)

Peguam dipenjara 6 tahun denda RM80 ribu
Rabu, Jun 01, 2011 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Rabu, Jun 01, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.