Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CERITA/BERITA TERKINI

Asrama baharu untuk gadis hamil di Melaka

Label:

JASIN – Sekolah Harapan yang dibuka bagi membantu remaja hamil di sini memerlukan kira-kira RM2 juta bagi membina asrama baharu sekali gus dapat menempatkan lebih ramai penghuni.

Pengerusinya, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim  berkata, dengan pembinaan asrama tersebut, sekolah itu akan berupaya menampung sehingga 60 remaja perempuan pada satu-satu masa berbanding 30 orang pada ketika ini.

Beliau berkata, pihaknya menerima banyak permohonan daripada remaja hamil untuk berlindung di sekolah itu namun kemasukan mereka terpaksa ditangguhkan kerana kemudahan asrama yang terhad.

“Sejak ditubuhkan oleh kerajaan negeri pada 17 September tahun lalu, ia telah memberi perlindungan kepada 80 remaja hamil luar nikah dan 59 bayi selamat dilahirkan.

“Berdasarkan peranannya yang amat besar untuk memberi pelindungan kepada remaja bermasalah, kita perlukan asrama baru untuk menempatkan mereka,” katanya pada majlis penyampaian sumbangan hari raya kepada 30 penghuni sekolah itu Jalan Pegawai di sini semalam.

Ab. Rahaman berkata, pihaknya sedang menyiapkan permohonan bagi mendapatkan peruntukan itu sama ada daripada kerajaan negeri atau kerajaan Pusat.

Katanya, remaja bermasalah yang memasuki sekolah tersebut berjaya dibimbing apabila mereka menunjukkan keinsafan selepas menerima didikan agama dan bantuan kaunseling.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, 45 daripada 59 bayi yang dilahirkan di sekolah itu kini berada di bawah jagaan keluarga remaja yang hamil luar nikah.

“Lapan lagi bayi telah diserahkan kepada keluarga angkat dan lima lagi masih berada di sekolah tersebut bersama ibu masing-masing,” katanya.-kosmo

P/s: Ramainya anak zina di luar sana.... 

Comment (1)

jangan panggil anak zina...bayi tu tak bersalah....yg salah mak bapaknyer..tolong betulkan ayat tu..kita tak der hak nak menamakan anak itu dengan panggilan yang tidak baik...

Asrama baharu untuk gadis hamil di Melaka
Selasa, Ogos 16, 2011 | Author: Tuk Kiyai

|
This entry was posted on Selasa, Ogos 16, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 komen:

On 5 September 2012 4:18 PG , Tanpa Nama berkata...