Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Dulu sibuk tayang video seks, kini bercakap pasal murtad?

Label:

ALOR GAJAH - Sikap pembangkang tidak menunjukkan kesungguhan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama sebelum ini, ternyata mengecewakan banyak pihak, terutama rakyat.

Veteran UMNO, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkata, pembangkang nampak tidak serius dengan masalah murtad membabitkan umat Islam yang dilihat semakin membimbangkan.

“Mereka seperti tidak berminat untuk mengambil tahu tentang isu serbuan di gereja terbabit, walaupun seramai 12 orang yang beragama Islam dikesan menghadiri majlis tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian di program Menghayati Ramadan dan penyampaian sumbangan kepada Ibu-ibu Tunggal Seri Mastana di Kampung Seri Tanjung, Masjid Tanah semalam.

Beliau meminta Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan mana-mana jabatan berkaitan berperanan lebih tegas dalam bertindak memantau keadaan yang boleh memecahbelahkan umat Islam.

Bekas ketua menteri Melaka itu memuji keberanian Exco Agama Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang berpendirian tegas menyokong tindakan Jais dalam melakukan pemantauan dan pemeriksaan ke atas gereja terbabit.

“Keberanian beliau perlu dicontohi ahli Pas lain supaya mereka tahu pentingnya isu ini kerana membabitkan akidah umat Islam. Malah, isu memurtadkan umat Islam di negeri Selangor bukan sesuatu baru.

“Tetapi pembangkang dilihat lebih berminat meraih undi semata-mata supaya kekal berkuasa, sedangkan mereka gagal pertahankan kepentingan umat Islam kerana soal akidah adalah sesuatu yang sensitif,” katanya.-SH

Comment (1)

UMNO yang tidak mahu melaksanakan hukum hudud kini menjadi jaguh hukum islam . Terima kasih kerana dah sedar.Tapi sian dgn RTC ini semasa berucap di Alah Batu Hulu Selangor pada 19 July 2011. Ramai golongan tua mencebik bibir dngar ucapab beliau. Tapi beliau tak sedar diri.

Dulu sibuk tayang video seks, kini bercakap pasal murtad?
Isnin, Ogos 15, 2011 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Isnin, Ogos 15, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 komen:

On 15 Ogos 2011 pada 9:19 PTG , otaistillkick berkata...