Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CERITA/BERITA TERKINI

Kes Sosilawati : Hakim Perintah Utusan Tunjuk Sebab

Label:

SHAH ALAM 19 OGOS : Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan seorang wartawan dan pengarang Utusan Malaysia supaya memberi penjelasan berhubung satu artikel didakwa ‘menyerang’ peribadi Manjeet Singh Dhillon, peguam dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam itu yang mewakili tertuduh pertama bekas peguam, N. Pathmanabhan.

Terdahulu, sebelum meneruskan prosiding bicara dalam perbicaraan, Manjeet membangkitkan mengenai penerbitan artikel bertajuk “Manjeet selalu burukkan kerajaan” dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17 Ogos 2011 yang didakwa subjudis terhadap perbicaraan kes itu yang masih berjalan.

Sambil menunjukkan salinan fotokopi artikel itu, beliau berkata selain Utusan Malaysia, artikel itu turut disiarkan oleh berita TV3.

Dipetik Bernama Online, Manjeet berkata, akhbar itu tidak mempunyai asas untuk mengeluarkan komen yang tidak benar di mana ia mendakwa terdapat campur tangan politik dalam perbicaraan itu dan mendakwa pihak pembelaan dalam kes bunuh Sosilawati merupakan alat kepada pemimpin pembangkang.

“Perbuatan itu mempunyai niat yang tersembunyi dan saya mencadangkan Yang Arif mengendahkan komen yang merupakan penglibatan terus dan campur tangan dalam perbicaraan yang sedang berjalan.

“Orang yang membuat komen dalam artikel itu adalah orang yang sama bercakap di TV3 iaitu N. Gobalakrishan, Ahli Parlimen Padang Serai. Saya tidak kenal orang ini, saya tidak pernah berjumpa dengannya dan tidak tahu di mana dia mendapat pembohongan ini.

“Wartawan Utusan Malaysia ialah Raja Syahrir Abu Bakar tetapi tidak tahu wartawan TV3 sehingga ini,” katanya.

“Saya memohon Yang Arif melindungi martabat mahkamah ini, maruah anda dan juga pentadbiran kehakiman dan saya gesa anda memanggil wartawan, Gobalakrishnan dan editor akhbar itu ke mahkamah ini,” kata Manjeet.

Dalam artikel berkenaan, Gobalakrishnan diminta memberi ulasan berhubung tindakan Manjeet yang didakwa beberapa kali meminta mahkamah mengenakan tindakan menghina mahkamah ke atas pihak pendakwaan kes pembunuhan itu.

Manjeet berkata kesemua individu berkenaan diharap akan hadir ke mahkamah untuk meminta maaf dan menarik balik semua kenyataan itu dan mereka juga perlu diberi peringatan jika mengulangi perkara yang sama mereka akan menerima akibatnya.

Selain itu, beliau berkata ia juga adalah sebagai peringatan kepada pihak lain yang tidak menghormati pihak mahkamah.

Akhtar kemudian berkata beliau telah membaca artikel itu dan berpendapat bahawa tindakan mengaitkan kes tersebut dengan politik adalah perbuatan yang tidak boleh diterima.

Beliau berkata setiap serangan yang dilakukan terhadap pihak pembelaan juga merupakan satu serangan kepada mahkamah apatah lagi komen itu telah diterbitkan di akhbar.

“Saya mahu wartawan itu dan editornya hadir di mahkamah bagi memberi penjelasan. Pihak media, selepas insiden pertama sebelum ini, telah melaporkan kes ini dengan fakta yang tepat dan editor perlu tahu bahawa komen seperti itu tidak sepatutnya dibuat dan diterbitkan terutama ketika perbicaraan masih berjalan.

“Kamu wartawan perlu ambil perhatian dan maklumkan kepada pihak atasan kamu bahawa perbuatan ini adalah subjudis dan boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah. Orang awam boleh beri pandangan mereka tetapi bukan kepada pihak akhbar,” katanya.

Akhtar sebelum ini pernah memberi amaran kepada pihak media supaya melaporkan perbicaraan kes itu dengan tepat selepas Manjeet membangkitkan mengenai satu tajuk berita dalam akhbar New Straits Times yang didakwa memprejudiskan tertuduh-tertuduh dalam kes itu.

Sementara itu, seorang saksi, ASP M. Mariappan, 49, yang bertugas di bahagian pentadbiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor memberitahu prosiding bahawa tertuduh kedua, T. Thilaiyalagan dan tertuduh ketiga R. Matan telah dipindahkan dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak ke lokap Balai Polis Kuang dan Balai Polis Kundang dekat sini pada 11 September lalu.

Beliau berkata pemindahan itu diarah dilakukan bagi menjaga keselamatan kedua-dua tertuduh memandangkan mereka ketika itu merupakan suspek kes bunuh berprofil tinggi yang melibatkan isu perkauman.

Balai Polis Kuang dan Kundang terletak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin apa yang beliau maksudkan sebagai isu perkauman, Mariappan yang ketika itu bertugas sebagai pemangku ketua bahagian siasatan jenayah daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak berkata, kes berkenaan ialah kes bunuh Datuk Sosilawati dan majoriti tahanan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak berbangsa Melayu, justeru beliau tidak mahu tertuduh terlibat dalam sebarang pergaduhan.

Mariappan memberi keterangan bagi mengetahui keadaan minda serta kemungkinan berlaku tekanan terhadap Thilaiyalagan dan tertuduh keempat, R. Kathavarayan semasa disoal siasat sehingga membawa kepada penemuan barang-barang kes.

Dalam kes ini, Pathmanabhan, 42, serta tiga pekerja ladangnya, Thilaiyalagan, 20, Matan, 21, dan Kathavarayan, 31, didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin Shamsuddin, 47, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai bank CIMB Noorhisham Mohammad, 38.

Kejadian didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini, antara 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos lalu. -tvs

Comments (0)

Kes Sosilawati : Hakim Perintah Utusan Tunjuk Sebab
Jumaat, Ogos 19, 2011 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Jumaat, Ogos 19, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.