Saya petik:
[SH] KUALA LUMPUR – Ahli pertubuhan silat bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan pada 9 Julai ini meskipun perhimpunan Bersih 2.0 dilaporkan akan diadakan di stadium sebagaimana dinyatakan penganjurnya.
Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Tan Sri Omar Din Mauju berkata, pihaknya tetap bersama dengan pihak keselamatan bagi memastikan keamanan negara tidak terjejas oleh tindak tanduk tidak bertanggungjawab mana-mana pihak.
“Jika mereka setuju mengadakanya di stadium, kita tidak bantah namun andai kata berlaku ketegangan, mereka perlu berdepan dengan kami.
“Bagaimanapun, kita menghormati keputusan kerajaan. Kita setuju pelaksanaan di stadium jika tidak menggugat ketenteraman awam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau bagaimanapun percaya, penganjur Bersih tidak mampu menjamin perhimpunan itu berlangsung dengan ama jika diadakan perarakan.
“Tiada jaminan sekiranya mereka mahu berarak ke istana, bawa memorandum, tanpa kekecohan. Apa salahnya jika mahu nyatakan sebarang usul, berundinglah dengan pihak kerajaan dahulu,” katanya.
Omardin berkata, pihaknya berasa tercabar setelah hanya berdiam diri menghadapi siri perhimpunan haram sebelum ini.
“Dulu, kita hanya berdiam diri dan memerhatikan sahaja keadaan ini. Sekarang kita rasa tercabar, Jadi, kita bersama polis akan pertahankan dan jadi benteng keamanan negara,” katanya.

P/s: Ayat bodek tu....BERSIH tidak akan huru hara jika tiada provokasi oleh pihak yang dengki dengan kempen BERSIH...
Lagi banyak ulasan boddoh lagi banyak dapat habuan...