Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Kes khalwat bekas puteri umno Jerlun

Label:

JASMI diiring isteri dan Yusmawati (kanan) ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Kubang Pasu, semalam.

Saya petik:

Pinda tuduhan berkhalwat

[BH] JITRA: Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam, meminda tuduhan khalwat dihadapi bekas Ketua Puteri UMNO Jerlun, Yusmawati Yaacob, 31, dan bekas Setiausaha UMNO Bahagian Jerlun, Jasmi Muhd Ismail, 47, dengan menggugurkan perkataan bersekedudukan, bersekediaman dan bersembunyi, sebaliknya mengekalkan perkataan berkurung. 

Hakim Syarie, Syeikh Kamaruslan Mustapha membenarkan pindaan terhadap pertuduhan asal itu selepas pihak pendakwaan bersetuju untuk menggugurkan tiga fakta dalam pertuduhan asal dengan mengekalkan perkataan berkurung bagi mengelak kekeliruan seperti didakwa peguam bela.
 
Bagaimanapun, Yusmawati yang memakai baju kurung dan tudung berbunga biru dan Jasmi berkemeja kuning mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pendakwa Syariah Jabatan Agama Islam Kedah, Farah Hasan manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Shukri Zakaria.

Kamaruslan kemudian menetapkan 14 Ogos ini bagi perbicaraan kes untuk memberi masa kepada pendakwaan mengeluarkan sapina bagi memanggil saksi kes.

Yusmawati didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 9 (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 dan Jasmi didakwa mengikut Seksyen 9 (1) enakmen sama kerana berkhalwat.

Mengikut Pertuduhan Yusmawati Yaacob, 31, didakwa berkurung bersama Jasmi di rumahnya di Lot 807 Jalan Liana 5, Taman Tunku Sarina di sini, jam 1.20 pagi pada 11 Mei lalu. 

P/s: Kalau berdua-duaan antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram, ada satu makhluk yang akan menggoda untuk melakukan maksiat iaitu syaitan...

Comments (0)

Kes khalwat bekas puteri umno Jerlun
Selasa, Julai 05, 2011 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Selasa, Julai 05, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.