Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Bukti Agong juga iktiraf tuntutan Bersih – Saifuddin

Label:

Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR: Persetujuan Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan di dalam stadium, 9 Julai menunjukkan baginda mengiktiraf tuntutan NGO itu.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail di laman Twitter beliau tengahari tadi mengulas perkenan baginda supaya Bersih berhimpun di stadium sebagai ganti kepada perarakan secara aman di ibukota.

“Tahniah Bersih 2.0, berminggu diserang Umno BN, dicop haram dan segala macam, akhirnya kebijaksanaan YDPA mengiktiraf tuntutan lapan perkara dan mobilisasi 9 Julai,” kata Saifuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Machang.

Lapan tuntutan itu adalah pembersihan senarai undi, reformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal, tempoh kempen minima 21 hari, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah pilihan raya dan menghentikan politik kotor.

Ahad lalu, Istana Negara mengeluarkan satu titah agar pendekatan perbincangan digunakan kerajaan Umno BN dalam menghadapi tuntutan Bersih yang menuntut agar reformasi pilihan raya dilakukan.

Lanjutan dari itu, Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan, hari ini mengadap Yang Di Pertuan Agong bersama Sasterawan Negara, Datuk A Samad Ismail dan Presiden Jamaah Islah Malaysia, Zaid Kamaruddin untuk mendapatkan nasihat baginda secara khusus.

Ia adalah ironi apabila Tuanku perkenan bertemu dengan NGO itu, yang sebelum ini dakwa dan dilabel oleh kerajaan sebagai pertubuhan haram.

Selesai mengadap, Ambiga mengumumkan Bersih akan berhimpun di stadium pada 9 Julai ini namun stadium yang khusus belum lagi ditetapkan untuk perhimpunan itu.

Sehingga kini lebih seratus aktivis Bersih, penyokong dan pimpinan Pakatan Rakyat ditangkap kerajaan, termasuk aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dikaitkan dengan idealogi komunis kerana mempromosikan himpunan Bersih.

Pejabat Bersih turut digeledah manakala mereka yang memakai baju T Bersih dan kuning turut ditahan polis.

Justeru pimpinan Pakatan Rakyat hari ini turut menggesa kesemua mereka yang ditahan dibebaskan serta merta.

Comment (1)

Agong dah bagi distadium, dulu pdrm pun lulus guna staduim sekarang tidak bagi permit guna stadium jadi siapa nak disalahkan. kalau kacau bilau pdrm yg salah tidak bagi permit pakai stadium. Nasib malaysia di tangan pdrm. yang sengaja nak buat huru hara
,harap tentera bersiap sedia kerana yang tidak bagi permit pdrm.

Bukti Agong juga iktiraf tuntutan Bersih – Saifuddin
Rabu, Julai 06, 2011 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Rabu, Julai 06, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 komen:

On 8 Julai 2011 pada 6:03 PTG , Tanpa Nama berkata...