Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

TERKINI: Tiada permit polis untuk demo esok!!

Label:

Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 8 Julai — Bersih 2.0 sebentar tadi menjelaskan bahawa polis telah menegaskan tidak akan mengeluarkan permit bagi pihaknya mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka esok.

Maria Chin Abdullah, seorang ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0, memberitahu The Malaysian Insider bahawa gabungan itu tidak memohon permit polis.

Chin Abdullah berkata polis ada menghantar surat kepada pihaknya hari ini mengatakan tiada permit akan dikeluarkan bagi perhimpunan esok di Stadium Merdeka.

Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasen juga menegaskan pihaknya tidak mendapat permit daripada polis untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 di Stadium Merdeka esok.

Kata bekas presiden Majlis Peguam ini, apa yang disiarkan di laman web rasmi gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu tidak benar.

“Tidak (dapat permit), salah (apa yang disiarkan di laman web),” jawabnya melalui khidmat pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider. Bagaimanapun kata Ambiga, perhimpunan menuntut transformasi dalam sistem pilihan raya akan tetap diteruskan di Stadium Merdeka walaupun tanpa permit.

“Ya, di Stadium Merdeka,” katanya.

Berita terdahulu menyebut Bersih 2.0 telah memperoleh permit untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 di Stadium Merdeka esok. Maklumat bersandarkan pada maklumat laman web, Facebook dan Twitter Bersih 2.0.

“BERITA BAIK! Balai Polis Dang Wangi telefon Bersih, minta kami datang ambil permit untuk himpunan aman di Stadium MERDEKA! Kini terserah kepada PM dan Pengurusan Stadium Merdeka untuk membuat langkah sepatutnya,” tulis Bersih 2.0.

Comments (0)

TERKINI: Tiada permit polis untuk demo esok!!
Jumaat, Julai 08, 2011 | Author: Tuk Kiyai

This entry was posted on Jumaat, Julai 08, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.