Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

[TERKINI] Tuanku Mizan perkenan Himpunan BERSIH 2.0 di stadium - Ambiga

Label:

Saya petik:

[TVS] KUALA LUMPUR 5 JULAI: Penganjur BERSIH 2.0 bersetuju untuk adakan perhimpunan aman itu disebuah stadium bagi memenuhi titah Yang di- Pertuan Agong (YDPA), kata Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan.

Beliau berkata demikian setelah menerima perkenan Tuanku Mizan Zainal Abidin setelah mengadakan pertemuan dengan YPDA di Istana Negara sebentar tadi.

Ambiga berkata pihaknya akan berkerjasama dengan kerajaan untuk memilih stadium yang sesuai bagi perhimpunan itu yang dijangka membabitkan sekitar 100 ribu peserta pada Sabtu ini.

Ambiga yang juga bekas Pengerusi Majlis Peguam Malaysia meminta penyokong memberi kerjasama untuk menjayakan perhimpunan itu kelak, kerana itu yang terbaik buat masa sekarang. 

Berita Berkaitan:

[TMI] KUALA LUMPUR, 5 Julai — Pemimpin Pakatan Rakyat menerima tawaran tadbiran Najib semalam yang menyatakan kesediaan Putrajaya memberi kerjasama untuk menganjurkan Himpunan Bersih 2.0 di stadium.

“Setelah melalui beberapa proses perbincangan, kami ingin merakamkan pendirian bahawa ketiga-tiga parti mengambil sikap terbuka dengan tawaran Perdana Menteri itu selagi ia menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” kata pemimpin Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kenyataan itu ditandatangani Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Teresa Kok.

Kata kenyataan itu Pakatan Rakyat ingin menegaskan bahawa tuntutan reformasi dalam sistem pilihan raya negara agar bersih, telus dan adil kekal sebagai matlamat perhimpunan tersebut.

Menurut pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, proses reformasi ini perlu dilaksanakan segera sebelum pilihan raya umum ke-13 bersesuaian dengan lapan tuntutan Bersih 2.0 dan memerlukan komitmen Perdana Menteri; selain dari komitmen sedia ada beliau untuk menawarkan stadium bagi perhimpunan aman Bersih 2.0.

“Kesediaan ini juga perlulah disambut oleh pihak berkuasa dengan menghentikan pendekatan keras yang diambil setakat ini.

“Ketiga-tiga parti bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis dan pihak berkuasa yang lain bagi memastikan perjalanan perhimpunan itu nanti boleh berjalan dengan baik dan aman,” kata kenyataan itu lagi.

Oleh yang demikian, tambah kenyataan itu, Pakatan Rakyat menyeru supaya kesemua individu yang ditahan kerana Bersih 2.0 dibebaskan serta-merta dan tuduhan yang dikenakan terhadap mereka digugurkan.

P/s: Jom datang beramai-ramai.....

Comments (0)

This entry was posted on Selasa, Julai 05, 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.