(Gambar: Yingluck Shinawatra, adik kepada bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra diramal menjadi Perdana Menteri)
Saya petik:
[BH] BANGKOK: Parti pembangkang Pheu Thai memenangi pilihan raya umum ke-26 Thailand dengan majoriti tipis, meraih 264 dari sejumlah 500 kerusi Parlimen.
Ini bertentangan dengan tinjauan pendapat awal hari ini yang meramalkan kemenangan besar bagi parti itu.
Menurut keputusan tidak rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bekas parti memerintah, Demokrat hanya mendapat 160 kerusi.
Pheu Thai meraih tambahan 78 kerusi sementara Demokrat kehilangan 12 kerusi berbanding kedudukan sebelum pembubaran Parlimen.
Kali ini Bhumjaithai merangkul 34 kerusi, Chart Thai Pattana 19 kerusi sementara parti kecil seperti Palong Chan dan Chart Pattana Puea Pandin masing-masing tujuh kerusi.
Rak Thailand memenangi empat kerusi, Matubhum dua dan masing-masing satu kerusi bagi parti Mahachon, Demokrat Baru dan Rak Santi.
Jumlah tidak rasmi keluar mengundi ialah 65.99 peratus dengan 30,987,801 pengundi membuang undi dari sejumlah 47.3 juta pengundi yang layak.
Suruhanjaya pilihan raya Thailand mempunyai tempoh hingga 2 Ogos untuk mengesahkan keputusan.
Sejurus selepas pengundian ditutup pada 3 petang, tiga universiti tempatan meramalkan parti Pheu Thai bakal meraih kemenangan besar kira-kira 300 kerusi berasaskan tinjauan di kalangan pengundi di pusat-pusat mengundi di seluruh negara. - BERNAMA

This entry was posted on Isnin, Julai 04, 2011 and is filed under
politik
. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
Anda dialu-alukan untuk memberi komen atau berkongsi pendapat tentang isu atau perkara yang diutarakan. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman, dan bahasa kesat tidak akan disiarkan.
Comments (0)
Catat Ulasan